Download video clip Tommy J. Pisa Biarkan Aku Menangis
HARI INI - 11 OGOS 2011
Akibat menjawab ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran pada hari ini, aku lupa menulis catatan santai untuk hari ini. Fulamak...penangan Fesbok, aku terpaksa menjawab kepada hampir 500 ucapan baik melalui Fesbok, telefon mahupun mesej ataupun e-mel, hanya inilah yang aku sempat berkata:
Tanam selasih tumbuh padi,
tumbuh padi tuai bijan,:
Terima kasih jumpa lagi,
Jumpa lagi teguh persahabatan
Hari-hari makan ubi
Sekali-sekala makan durian
Terima kasih jumpa lagi,
Doa sobat dalam ingatan
Hari ini aku sempat menyiapkan dua karyaku, Haiku - Ilalang Tumbuh dan Sajen - Geliat Wakiul Rakyat 3. Aku postingkan dalam eSastera.com dalam multimedia. Sesiapa yang hendak lihat karya berkenaan, boleh layari http:///www.esastera.com/penyair
Aku telah mula tiba ke angka 58 tahun menghirup nafas kehidupan atas izin ALLAH juga. Dan mulai esuk, aku mengejar waktu yang lebih pantas dari fikiranku, malah lebih tangkas dari halusinasi, kreativiti dan fizikalku yang semakin loyo ini. Doaku: Ya ALLAH, berilah aku kesempatan mencapai impianku dalam memburu kata, menguliti kata dan menjual kata kepada khalayak dengan penuh hemah dan beretika. Moga ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan