GELIAT ORANG ARAB 1
Sajak: Arisel Ba
cerita teman aku melalui e-mel:
seorang mahasiswa berbangsa Arab
sedang belajar di sebuah universiti di Jerman
menghantar mesej pesanan ringkas
kepada ayahnya di Dubai
katanya: ayah tersayang
Berlin sungguh indah
warganya baik dan sopan kepada orang asing
saya benar-benar senang di sini
tetapi saya terasa malu amat
untuk ke kampus dengan Ferrari 599GTB
ketika semua guru dan rakan siswa saya
pergi ke universiti menaiki kereta api
lalu sepantas ayahnya menjawab
mesej pesanan ringkas daripada anaknya:
anak jantan aku yang seorang
USD 50 juta baru saja dimasukkan ke akaun kamu
tolong jangan memberi malu keluarga kita
segera urus dan belikan
kereta api itu untuk kenderaan kamu sendiri
24 November 2011,
Tranum, Tras,
Raub, Pahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan