SAJAK BANTAH NIKAH SESAMA LELAKI
Sajak: Arisel Ba
Suatu pagi ada lebih dua ratus
Lelaki muda berkumpul aman
Di depan Parlimen Malaysia
Mereka mempamir unjuk rasa
Dengan beratus sepanduk berbunyi:
‘KAMI
BANTAH
NIKAH
SESAMA
LELAKI
DI
MALAYSIA’
Seorang antara lelaki muda itu
membacakan sebuah manifestasi jiwa:
“Wahai Yang Berhormat Ahli Parlimen
kami menerima jika Anda
membungkam aspirasi kami
demi kelangsungan dan kepentingan politik.
Kami memahami jika Anda menghabiskan wang kami
untuk kunjungan ke luar negera memikat pelabor asing
Kami juga mengerti jika Anda memiskinkan kami
dengan kenaikan harga barangan dan percukaian
Tapi kami sangat tidak menerima jika Anda
menghalalkan pernikahan sesama lelaki
di Negara kami Malaysia
kerana itu amat sangat merugikan kami.
Tanpa adanya pernikahan sesama lelaki
kami masih bujangan dan tidak mampu
menikah perempuan kerana wang hantaran tingg
maka kami semakin tidak bahagia.
Dengarlah jeritan hati kami."
Hampir tiga jam di depan Parlimen Malaysia
hampir dua ratus lelaki muda itu
berbodong-bodong menju ke pusat Bandar
Sambil melaungkan:
“ Merdekakan kami, bebaskan kami,
daripada membujang sampai ke usia tua!”
25 Jun 2012,
Kg Tranum, Raub Pahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan