ARISEL BA, bAA DAN bALQIS

ARISEL BA, bAA DAN bALQIS
Di LCCT KLIA SEPANG 16 JULAI 2011

Khamis, 11 Ogos 2011

GELIAT WAKIL RAKYAT 2



GELIAT WAKIL RAKYAT 2
Sajen: Arisel Ba

Suatu pagi muncul seorang wanita
mahu ditemu duga menjadi setiausaha
di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat
dengan yakin wanita itu memperkenalkan diri:
“ Saya, Fatimah, sudah tiga kali berkahwin,
Status kini menjanda, tiada anak”

Wakil Rakyat mula menemu duga:
“ Saya mahu tanya, ada orang kata,
Kamu masih perawan, tapi kamu
sudah pun berkahwin tiga kali!”

Fatimah segera menjawab:
Begini, Yang Berhormat, suami saya
yang pertama ‘mati pucuk’,
Suami saya yang kedua itu
seorang ‘gay’, jadi saya tidak diusiknya

Wakil Rakyat terus bertanya:
“ Bagaimanakah suami kamu yang ketiga?”

Fatimah tangkas menjawab:
“ Suami saya yang ketiga memang segak,
gagah dan macho, memang seorang lelaki
tetapi dia ‘Orang Partai Politik’, jadi
jarang ada di rumah dan saya sunyi”

Wakil Rakyat terus mahu tahu:
“ Lalu, apa hubungannya dengan
keperawanan kamu?”

Fatimah terus menjelaskan:
“ Ah, Yang Berhormat pasti mengerti
gelagat ‘orang partai politik’, akhirnya
Saya masih suci, masih sepi!”

“ Maksud kamu?, “, tukas Wakil Rakyat
Tidak sabar ingin tahu rahsia Fatimah,
Berjaya mengekalkan keperawanannya

“ Suami saya yang ketiga itu aktivis
‘Orang Partai Politik’ yang sibuk dan
dia cuma tabur macam-macam janji, itu, ini,
tetapi tidak pernah direalisasikannya.”

Wakil Rakyat terkedu, dan terus
mengucapkan terima kasih kepada Fatimah:
“Calon lain!.....”

5 Ogos 2011,
Kuantan, Pahang

GELIAT WAKIL RAKYAT 1



GELIAT WAKIL RAKYAT 1
Sajen: Arisel Ba


Selepas terpilih menjadi Wakil Rakyat
Pertama kali dia diwawancarai
Oleh ramai wartawan, ramai wanita daripada lelaki
Dari stesen TV, akhbar cetak dan elektronik

 Seorang wartawan bertanya:
“Yang Berhormat ada e-mel?”

 Dengan tangkas Wakil Rakyat menjawab
Walaupun dia tidak tahu apa itu ‘e-mel’,

“ Dulu saya ada banyak e-mel
Tetapi sebahagianya telah saya jual
Untuk membiayai belanja Pilihan raya,
Dan sebahagian lagi didermakan kepada rakyat
Maklumlah, masih ramai rakyat perlukan e-mel!”

 Wartawan-wartawanis tekun menulis sesuatu
Dalam buku nota mereka sambil menahan ketawa


2 Ogos 2011,
Kuantan, Pahang

Rabu, 10 Ogos 2011

JEJAK PASCA USIA 58



JEJAK PASCA USIA 58
Sajak: Arisel Ba

upaya pelangkahan kaki
di dada asfal usia era bersara
daripada kerjaya hakiki
tabah membaui, mencari
dan menjejaki akar siapa diri
dengan merujuk salasilah Rao purba
memelihara nasab pemartabat kulawarga

kini aku pesara hakiki
bebas dari segala karenah birokrasi
bebas dari segala acuman duniawi

kata al-Quran: aku berasal dari TANAH
janji ALLAH: akan kembali ke liang TANAH
semasa masih ada nafas dan upaya
akan aku taburkan fikiran dan bakti
membina seberkas lidi warisan Rao perkasa


28 Mei 2011,
Kuantan, Pahang

AZAM 2011



AZAM 2011
      : Retrospeksi Diri
Sajak: Arisel Ba


Ya ALLAH, ini doa aku sesudah aku berzikir memuji membesarkan zat ALLAH, dan tatkala aku mencetak azam tahun 2011, aku masih memikirkan usia semakin singkat, nafas semakin semput, tubuh semakin renta, gigi semakin luruh, mata semakin rabun, telinga semakin pekak, adakah kurniaan dan rahmat daripada ALLAH atau sekadar petunjuk?, dan bila aku menulis sajak perihal diri, aku menjadi gelisah resah ilu sepi dan vakum kerana dosa kepada ALLAH berada di depan mata, sedang rahmat dan pahala dari ALLAH membuatkan aku tidak sesekali ponteng solat, dan biar apa pun terjadi aku tetap berusaha tiga kali lipat bagi mendapatkan keampunan dari ALLAH.



1 Januari 2011
Tranum,
Raub, Pahang

Selasa, 9 Ogos 2011

HARI INI - 10 OGOS 2011

Siap siaga untuk merempuh Alam Persaraan dari Kerajaan Malaysia

Hari ini aku kira Hari Terakhir aku berkerja dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Pahang. Surat pemakluman telah diedar ke 11 daerah di Camerong Highlands, Lipis, Jerantut, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. Surat itu hanya satu tujuan - MERAFAK KEMAAFAN DARI SEGALA SOBAT SEGALA MUSUH JIKA DALAM TEMPOH 1983 HINBGGA 2011 INI AKU ADA MENCANAI KESILAPAN DENGAN MEREKA. Itu saya


Di bawah ini aku bacakan sesuatu:


ORANG PENSIUNAN
: Menanti Tarikh Pensiun 11 Ogos 2011
Sajak: Arisel Ba

Empat kitaran bulan, isteri dan tujuh anak, empat menantu dan empat cucu, ingin aku khabarkan: sempurna sudah khidmat aku kepada Melayu, Islam dan Malaysia, izinkan aku mulai membelai aksara, menyempurnakan doa kulawarga Rao di setiap belai lembut dan titik air mata di sela tangis dan tawa sejak aku menjadi penjawat awam sehingga tidak mampu aku menulis autobiografi kerjaya aku dengan kata demi kata tercipta dari buana cahaya. Tatkala aku masih bertatih mengeja huruf-hurufMu, ya Allah, sebab mata aku masih rabun bertabir kabus dalam cuaca sentiasa berubah. Dan izinkan aku mencerminkan diri pada danau matamu yang kemilau sejuk dan dalam, dan menimba bijaksana semesta yang dititipkan pada teras kehidupanku. Dalam tempoh 38 tahun aku berkerjaya, aku bagaikan anak kecil lagi kerdil yang bersembunyi di sebalik topeng usia. dan kepadaMu, ya Allah,  aku masih setia belajar memahami cinta, lebih dari sejuta makna yang terungkap oleh aksara.

18 April 2011,
Kuantan, Pahang